Kerjaya Brad Maloney

Brad Maloney memulakan karier beliau di A.P.I.A Leichhardt pada umur 18 tahun. Selain itu beliau juga bermain untuk Newcastle Breakers, Sydney Olympic, and paling terkenal sekali bersama Marconi Stallions dimana beliau menjaring 47 gol dari musim 1995 hingga 2000. Selain mencetak nama di Marconi, beliau juga dipinjamkan ke kelab China Guangzhou Apollo, sebelum menghabiskan sesi karier di Perth Glory, Parramata Power, and kembali ke Marconi.[2] Pada 2000 Maloney diberi Pingat Johnny Warren yakni penghargaan pemain terbaik bagi NSL dan kemudian A-League.

Brad juga pernah membuat penampilan bagi pasukan bawah umur-20 Australia serta B-23, dimana beliau dan pasukannya raih tempat ke-4 di Olimpik 1992 selepas tewas kepada Ghana. Maloney dipanggil beberapa kali untuk pasukan kebangsaan Australia sekitar 1998 hingga 2000, beliau menamatkan karier bersama skuad kebangsaan dengan 2 gol.

Kerjaya sebagai pengurus

Nama Brad Maloney mula mendapat perhatian di Malaysia apabila beliau dikontrakan sebagai penolong jurulatih kepada pasukan kebangsaan Malaysia pada 2014, beliau juga berkhidmat untuk tempoh sebagai penolong jurulatih kepada skuad B-23 dibawah Dato' Ong Kim Swee sebelum fokus sepenuhnya pada skuad senior dan kemudian B-19. Pada 2019 beliau diberikan tugas sebagai jurulatih skuad B-19 apabila Bojan Hodak tidak lagi disambung kontrak selepas kegagalan pada Kejohanan AFC B-19 2018.[3] Brad berjaya membawa Malaysia ke pentas akhir Kejohanan AFF B-19 2019, namun tewas kepada Australia 1-0.[4]